Pengikut

Isnin, 16 Januari 2012

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KELAB


Pengerusi
·      mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat
·      meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya; dan
·      menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa

Naib Pengerusi
·      membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi
·      mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi
·      menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

Setiausaha
·      mengurus hal-hal surat menyurat;
·      mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatankegiatan;
·      mencatat kehadiran ahli;
·      menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan
·      menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

Penolong Setiausaha
·      membantu Setiausaha dalam menjalankan segala tugas
·      tanggungjawabnya; dan
·      menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

Bendahari
·      bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab;
·      melakukan dan menyimpan kira-kira kewangan dan bertanggungjawab atas kesahihannya;
·      menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya;
·      melaporkan kedudukan kewangan kelab di dalam mesyuarat ahli Jawatankuasa;
·      menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam
·      Mesyuarat Agung
·      menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

Penolong Bendahari
·      membantu Bendahari dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya
·      menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

Ahli Jawatankuasa
·      membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan;
·      mempengerusikan biro sekiranya dilantik; dan
·      menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

Pemeriksa Kira-Kira
·      memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan Tahunan dan bertanggungjawab ke atasnya; dan
·      memastikan pengurusan kewangan diurus dengan betul.
·      Dalam mengendalikan kelab sukan, guru penasihat perlulah menyelaras dan memantau perkembangan jawatankuasa semasa merancang dan menjalankan  aktiviti yang telah ditetapkan.
·      Guru penasihat perlulah memberi maklumat dan dorongan kepada jawatankuasa kelab agar aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan baik bagi memberikan keseronokan kepada ahli-ahli kelab.
·      Bidang kerja yang diberikan merupakan cadangan pecahan bidang tugas jawatankuasa kelab sukan yang bakal dibentuk nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan